Apabila lihat orang ada duit lebih, saya pun nak juga.
Apabila lihat orang ada kereta impian, saya pun nak juga.
Apabila lihat orang ada rumah impian, saya pun nak juga.
Apabila lihat orang pergi melancong setiap tahun, saya pun nak juga.
Apabila lihat orang lain boleh buat... sudah tentu saya juga boleh...!!!
BAGAIMANA CARANYA ? MULA MENCARI PELUANG...
Saya mula merancang kehidupan saya. Merancang hidup adalah satu perkara yang sangat penting dan perlu dilakukan segera jika ingin berubah hidup. Falsafah mengatakan
"jika anda gagal untuk merancang, sebenarnya anda sedang merancang untuk gagal"
Matlamat saya adalah untuk MENAMBAH PENDAPATAN kerana jika pendapatan saya bertambah saya akam mampu menunaikan segala impian saya. Untuk menambah pendapatan, saya mesti menambah sumber (pintu rezeki) saya. Sekarang saya Makan Gaji, jadi saya sudah ada satu pintu. Sedangkan kita selalu dengar bahawa pintu rezeki ada 10. Di manakah lagi sembilan pintu itu? 9 per 10 pintu rezeki lagi ada pada perniagaan.
1/10 pintu rezeki adalah makan gaji atau ambil upah atau kerja dengan orang. 9/10 pintu rezeki ada pada perniagaan. Oleh itu saya buat satu keputusan bijak. Alangkah lebih baik jika saya mempunyai 10 pintu rezeki. Jadi saya mula berfikir untuk mencari 9 jenis perniagaan yang berasingan. Adakah anda sudah mempunyai 10 pintu rezeki?
TERLIBAT DENGAN MULTI LEVEL MARKETING
Saya buat keputusan untuk fokus bidang marketing sebagai sumber parttime saya. Saya mula mencari apa yang boleh saya market. Macam2 juga saya servey dan kebanyakkannya memerlukan KOS YANG TINGGI sehinggalah saya berjumpa syarikat berasaskan network marketing. Kenapa network marketing?
Pertama, modalnya adalah berpatutan dan potensi incomenya tiada had. Bergantung kepada perkembangan organisasi dan volume kumpulan. Jika saya rajin saya boleh dapat income mencecah RM 1,000,000 lebih... wow!
Kedua, sifatnya adalah flexcible iaitu bebas.. Saya boleh buat secara parttime atau full time. Masanya juga tidak terikat. Boleh buat di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa pun. Kemana saja saya pergi saya boleh buat marketing. Pejabat ada di hujung mulut sahaja..
Ketiga, saya yang menentukan apa yang saya impikan. Tidak ada bos yang boleh mengarah saya. Saya nak duit banyak saya buatlah kerja. Jika saya nak masa banyak saya rehat lah... tak perlu kejar2 produktion macam kat tempat kerja. Jadi kerja saya kat ofis pun tak terganggu... kerja kat ofis mesti diutamakan sebab itu pintu rezeki saya no 1. yang sembilan lagi tu macam aksesori la... side income...
Keempat, konsep network marketing adalah bersifat laverage... buat kerja sorang sikit... pakat2 dapat habuan.. kalau saya nak cari 1000 orang memang susah... tapi kalau saya cari 10 orang senang je. dan jika setiap orang pakat2 cari 10 dah jadi 100 pakat cari 10 pula dah jadi 1000 orang. senangkan... kalau setiap orang bagi bonus rm10 pun dah boleh cecah rm10,000 dah (RM10 x 1000 orang). So.. nak tak RM10,000 sebulan? carilah 10 orang dan ajar mereka untuk cari 10 orang pula... Apa? Tak minat cari orang? Jawapannya lupakanlah impian nak dapat RM10,000 sebulan... Kalau takde minyak mana kereta boleh jalan. Cari orang tu adalah nyawa dalam MLM. Kalau tak cari orang mana boleh dapat income....
Kelima, peluang memperolehi pendapatan pasif di masa depan. Duduk saja pun dapat duit. Macam pencen lah. Kerja hari ini bila sampai masa, pencen. Duit gaji still masuk tiap2 bulan tapi kecil lah... Dalam MLM ni, kita kerja hari ni pulun sungguh2... rekrut ramai2... ajar mereka bagaimana kita buat, bila mereka dah pandai tak perlu ajar lagi... mereka berkembang anda turut berkembang sebab kumpulan mereka adalah kumpulan anda juga. OK
Keenam, kejayaan yang stabil dan berkekalan. Susah kejap je... nak tanam pokok rambutan memang susah. Banyak makluk perosak suka kacau masa pokok masih kecil. Tapi bila pokok dah besar, dah beranting, dah berdahan... dah tak boleh tolak lagi dah. Sampai masa keluar hasil. Buah nya sangat manis dimakan. Kalau satu ranting keluar 20 biji buah rambutan... kalau sepokok dah banyak mana dah?
