KESEDARAN SEBELUM BERUBAH

.
Untuk gambar lebih jelas klik pada gambar

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya, kawan-kawan panggil saya Asri (nama manja), baru berusia 30 tahun, berasal dari Jitra, Kedah. Terlibat dalam perniagaan Rafa ini pada penghujung Mac 2007. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta (lepas tamat universiti) kerana orang kata kerja kat tempat swasta ni gaji lebat. Memang betul tapi kerjanya pun boleh tahan lah juga. Memang kena perah habis-habisan lah.. ibarat tebu sampai betul-betul jadi hampas. Pagi, petang, malam, kerja, kerja, kerja (over time) tapi duit tak pernah cukup juga. Sampai kawan-kawan kata saya ni sibuk kalahkan menteri tapi gaji macam kuli. Salah siapa tu...

Keluarga dah mula bising. Itulah suruh minta kerja dengan goverment tak nak. Murah-murah gaji pun ada juga pencen. Elaun pun tinggi. Cukup tahun dapat bonus lagi. Aduh... pening! Nak tak nak isi je lah form pak sedara bagi. Nasib saya agak baik. Selang berapa bulan je terus dapat kerja dengan ‘gomen’ (pakai kabel le..). Family punyalah seronok. Siap buat kenduri. Kerja kerajaan ni memang seronok. Masuk pukul 8 pagi, pukul 5 petang dah boleh balik. Kerja pun releks. Cukup bulan dapat le duit. Campur tolak bahagi dapat lah RM1000 lebih sebulan.

Paling tak seronoknya kaya sehari (hari gaji) susah balik 29 hari. Mana tak nya... 3 bulan pertama kerja mana dapat gaji lagi. Apa lagi.. hutang kawan-kawan lah buat belanja hari-hari. Bila dapat gaji kena lah bayar hutang. Tu lah sebabnya kaya sehari tu. Mereka yang kerja ‘gomen’ tentu faham. Ni lah yang selalu orang cakap... pergi pagi pulang petang. Dapat gaji bayar hutang. Sampai bila nak kerja untuk bayar hutang je. Hutang kereta lah.. hutang rumah lah.. hutang barang-barang rumah lah.. macam-macam lah. Tak kira personal loan dan kredit kad lagi. Nak tahu kenapa orang suka kerja ‘gomen’? sebab senang nak buat loan lah. Nasib tak baik, sampai pencen pun bayar loan tak habis lagi. Kalau tak percaya, tanya pakcik-pakcik ‘jaga’. Kesian.. nak buat macam mana terpaksa lah kerja...

Mula fikir nak buat parttime bisnes malam-malam. Kongsi duit dengan kawan buka bisnes jual koteaw kerang. Tak tahan... Buka pukul 6 petang tutup pukul 12 tengah malam. Boleh lah RM20 - RM50 sehari. Bahagi dua pula tu. Orang ramai datang. Meja penuh... tapi yang datang bersembang lebih ramai dari yang datang makan. Badan letih esok pergi pejabat.. lena. Last sekali bungkus. Macam-macam meniaga saya cuba buat. Nak cari duit lebih. Nak himpun nak buat kahwin. Dah sampai seru.. tiba-tiba gatal nak kahwin.. terpaksa korban masa.

Lepas tu mula berjinak dengan network marketing. Orang panggil direct selling. Baru saya tahu.. perniagaan yang orang paling tak minat ini lah yang telah melahirkan ramai jutawan di dunia ini. Kalau kita tengok keliling kita pun.. antara kawan-kawan atau adik beradik kita saja pun dah berapa ramai yang pakai kereta mewah. Kalau di belah negara orang putih 90% jutawan datang dari industri network marketing. Perhatikan keliling anda. Dalam 10 biji kereta mewah yang lalu depan kita, kat cermin belakang dia pelekat apa? Itulah bila mereka ajak kita tak mahu...

Network marketing sekarang ni dah banyak berubah. Tak macam dulu lagi. Kalau dulu punya multi level marketing (MLM) nak kena keluar modal ribu-ribu. Lepas tu kena ke hulu ke hilir jual barang. Demo di sini, demo di sana. Stokis kat Jitra, orang nak beli duduk kat Bukit Kayu Hitam nu.. pergi hantar dapat untung RM10. Minyak kereta habis RM20. Tak berbaloi.. Tiap-tiap bulan nak kena maintain baru boleh dapat bonus. Pulun punya pulun cukup bulan, baru dapat bonus. Tengok-tengok dapat RM27 je. Nak buat apa banyak tu.. Letih...

Sekarang MLM dah pakai teknologi. Bisnes sekarang semua pakai internet. Kalau nak barang order pakai internet saja. Kerja kita cuma buat promosi saja. Jika ada orang join, syarikat Rafa yang akan hantar barang kepada orang itu. Modal perniagaan pun berpatutan. Tak perlu puluh ribu ringgit. Tak perlu buat loan bank. Tak perlu maintain beli stok setiap bulan untuk dapat bonus. Tak perlu ke hulu ke hilir usung barang. Rekmen kawan join pun dah boleh dapat bonus RIBU-RIBU sebulan. Ambil upah penajaan (promosi) je...

Lepas tu, bantu kawan dapat duit, kita pun dapat duit. Jika kawan kita dapat RM1000 sehari, kita dapat RM150 sehari (Bonus Kepimpinan). Jika kita ada 10 orang kawan join (darab RM150) tak RM1500 sehari. Kalau darab 30 hari boleh cecah RM45,000 sebulan. Itu baru bonus kepimpinan tak termasuk bonus-bonus lain lagi. Selagi kawan kita dapat duit, selagi tu kita dapat bonus kepimpinan sebab kita yang memperkenalkan bisnes kepada dia. Macam pencen lah... kena buat kerja awal.. sampai masa tak kerja pun dapat duit.

Pada peringkat awal saya join. Ramai kawan tak percaya dengan bisnes macam ni. Ada yang kata tak minat lah (kerja sekarang tu minat ke..). Tak ada modal lah (tapi hisap rokok sehari dua kotak...). Tak pandai cakap lah (mengumpat pandai pula..). Suami @ isteri tak bagi lah. Nak tengok kita berjaya dulu lah... Macam-macam alasan yang saya jumpa. 30 orang pertama (kawan2 baik dan ahli keluarga..) yang saya jumpa tak mahu terima peluang yang ingin saya kongsi dengan mereka ni. Sedih memang sedih tapi saya tak kisah. Hinggalah orang yang ke 31 baru join. Alhamdulillah. Selang dua tiga hari ada lagi yang masuk. Lama kelamaan kumpulan saya mula berkembang. Hasilnya... kini pendapatan saya mencecah antara RM200 - RM600 sehari. Ini lah rezeki di atas keberanian saya untuk mencuba perniagaan ini dan berkat kesabaran menghadapi ujian Tuhan Maha Esa. Alhamdulillah. Dulu keluar pagi balik petang. Dapat gaji bayar hutang. Sekarang keluar petang balik pagi, borak-borak kedai kopi. Duit masuk hari-hari. Rezeki, rezeki...

Kini saya mula merasakan hidup saya ‘berguna’ untuk orang lain. Bila hidup saya mula berubah. Hidup keluarga saya turut berubah. Malah kawan-kawan terdekat pun tumpang senang. Orang berjaya bukan kerana dia pandai. Tapi kerana dia tidak menolak peluang yang Allah Taala buka di depan mata dia. Bukan semua orang dapat peluang ni. Kita ada 1001 alasan untuk jadikan kita gagal. Tapi kita cuma perlu satu alasan saja untuk berjaya. Jika kita inginkan perubahan. Kitalah yang perlu berubah. Tidak ada manusia yang dilahirkan di dunia ini untuk gagal dalam kehidupan. Melainkan dia sendiri yang memilih untuk gagal. Kegagalan yang sebenar adalah kegagalan untuk mencuba dan takut untuk merebut peluang.

Saya tak kisah jika anda tak percaya. Sebelum ni pun saya dah jumpa berpuluh-puluh orang yang tak percaya. Tapi saya tetap juga buat duit hari-hari. Mereka yang tak percaya dapat apa... Yang penting saya tahu apa yang saya buat. Rafa Green Sdn Bhd adalah syarikat yang sah dan berdaftar dengan KPDNHEP dengan nombor lesen AJL 931607 (boleh semak kalau tak percaya..) dan halal di sisi hukum syarak. Pelan pemasarannya mudah dan boleh dicapai... saya dah tengok bukti. Jika orang lain boleh, sudah tentu kita juga boleh !.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang perniagaan ini, anda boleh terus menghubungi saya atau agen-agen saya di bawah ini. Anda pasti tidak rugi. Sekurang-kurangnya anda mendapat satu jalan untuk mengubah masa depan anda. Jangan buat keputusan sebelum mendengar penerangan. Jika anda tidak mahu tak mengapa. Itu pilihan anda. Kami mencari orang yang NAK. Kami hanya ingin berkongsi peluang yang kami ada. Ini cara kami beribadat. Marilah menuju kejayaan. Lihat dulu, dengar dulu, fikir dulu. Kemudian baru buat keputusan. Sekian. Terima kasih.